DOKUMENT DAN SYARAT2 NIKAH

Dokumen Yang Perlu Dibawa

  1. Pasport yang sah atau Pas Sempadan (Cuma penduduk Utara Perak, Perlis, Kedah dan Kelantan boleh memohon Pas Sempadan.)
  2. Kad pengenalan
  3. Surat cerai/surat kematian suami (Jika berkenaan) Bawa surat yang asal, bukan photocopy.
  4. Surat/Kad Mualaf (jika berkenaan) Bawa surat yang asal, bukan photocopy. 
    Surat izin wali (Jika ada),

    (PAKAIAN UNTUK PASANGAN )

  5. LELAKI: SEKURANG2 NYA BEKEMEJA @ATAU BAJU MELAYU
    WANITA: BERTUDUNG ,BERBAJU KURUNG DAN SEBAGAI NYA,
    (ASAL KAN SESUAI/SOPAN)

    PASPORT / BORDER PASS:
    Urusan passport atau border pass adalah urusan sendiri dan atas perbelanjaan sendiri.

    Anda adalah dinasihatkan supaya memohon pasport di mana-mana pejabat Imigeresen. Permohonan pasport boleh siap dalam satu hari sahaja. Bayaran pasport hanya RM100.00 sahaja. Sila hubungi mana-mana pejabat imigeresen atau website imigeresen untuk mengetahui syarat-syarat dan dokumen yang diperlukan untuk membuat pasport.

    Pasangan yang tidak mempunyai dokumen perjalanan dan kad pengenalan tidak boleh memasuki Thailand.

    Bagi pasangan yang hendak berkahwin dengan warganegara asing (luar Negara)SAMA ADA PELAJAR SEKALI PUN sila pastikan mereka mempunyai visa untuk memasuki Thailand.
     
    SEBARANG PERTANYAAN DAN TEMUJANJI:-
      SILA HUBUNGI PUAN LATIFAH@SMS@ WHATSAPP DI:- 01117675787  

    Sah atau Tidak Nikah Di Thailand?

    Banyak persoalan timbul sama ada pernikahan di Selatan Thailand ini sah atau pun tidak.  Berikut adalah keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah dikeluarkan di Malaysia:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-52 yang bersidang pada 1 Jul 2002 telah membincangkan Kahwin Lari di Selatan Thailand. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

    1. Pernikahan itu mengikut rukun nikah

    2. Pernikahan itu melebihi dua marhalah
    3. Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak ditempat dia bermastautin.

    4. Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana ia ditauliahkan sebagai wali hakim. 

    Rukun Nikah

    Sesebuah pernikahan adalah sah jika memenuhi rukun nikah. Tanpa salah satu rukun yang mencukupi, maka pernikahan itu tidak sah.

    Berikut adalah Rukun Nikah:



    1. Lelaki 
    a. Mestilah lelaki (bukan khunsa)
    b. Islam
    c. Baligh
    d. Berakal
    e. Tidak dipaksa berkahwin
    f.  Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
    g. Tidak beristeri empat sewaktu bernikah
    h. Lelaki tertentu (bermakna identiti lelaki yang diijabkan itu hendaklah jelas, yakni wali & saksi mengetahui siapa yang bernikah itu)

    2. Wanita

    a. Mestilah wanita (bukan khunsa atau pondan)
    b. Islam
    c. Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
    d. Tidak bersuami
    e. Bukan dalam edah
    f.  Wanita tertentu (bermakna identiti wanita yang diijabkan itu hendaklah jelas, yakni wali & saksi mengetahui siapa yang bernikah itu)

    3. Wali

    a. Lelaki
    b. Islam
    c. Berakal
    d. Baligh
    e. Merdeka (bukan hamba)
    f. Tidak dipaksa
    g. Adil dan Tidak fasiq
    h. Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)

    *khusus dalam kes pernikahan di Selatan Thailand ini WALI AM/WALI RAJA MESTILAH DILANTIK DAN DITAULIAHKAN OLEH PEMERINTAH (Pihak Berkuasa Thailand) dan DIBERI KUASA UNTUK MENJADI WALI AM/RAJA BAGI PERNIKAHAN DI DALAM WILAYAH YANG BELIAU DITAULIAHKAN.

    4. Saksi
    a. Lelaki sekurang-kurangnya DUA ORANG
    b. Islam
    c. Berakal
    d. Baligh
    e. Merdeka (bukan hamba)
    f. Tidak dipaksa
    g. Adil dan Tidak fasiq
    h. Bukan dalam ihram (sedang haji/umrah)
    i. Boleh melihat dan mendengar dengan baik, memahami ijab dan kabul, memahami pernikahan itu dan bahasa yang digunakan.
    j. Tidak jatuh keatasnya untuk menjadi wali bagi pernikahan tersebut.

    5. Ijab & Kabul

    a. Mestilah jelas dan difahami
    b. Mengandungi “butir-butir pernikahan” yang LENGKAP
    c. Tidak mengandungi perkara-perkara yang boleh menimbulkan atau membawa maksud selain dari pernikahan itu
    d. Dilafazkan oleh Wali atau wakilnya
    e. Dilafazkan oleh pengantin lelaki atau wakilnya
    f. Tidak diselangi perbuatan lain atau terhenti yang terlalu lama diantara ijab dan kabul.
    g. Ijab dan kabul mestilah membawa maksud khusus untuk pernikahan itu dan bersamaan maksudnya.
    h. Tiada tempoh had (bukan kahwin kontrak)
    i. Contoh ijab dan kabul:

    Lafaz kadhi:

    “ Abu bin Budin, aku nikahkan engkau dengan Siti binti Saat, dengan berwalikan (wali yang berkaitan akan disebut), dengan maharnya (mas kahwin) sebanyak (disebutkan maharnya)”

    Lalu dijawab terus (pengantin lelaki):

    “Aku terima nikah(nya) Siti binti Saat dengan maharnya(mas kahwin) sebanyak (disebutkan maharnya)”


    *Ijab & Kabul di atas jelas menerangkan Abu bin Budin dinikahkan dengan Siti binti Saat dengan mahar yang disebutkan serta dijelaskan siapa walinya. Abu bin Budin menerima nikah tersebut dengan jelas berserta maharnya.

    UNDANG-UNDANG DI JABATAN AGAMA ISLAM MALAYSIA BERKENAAN 
    NIKAH KAHWIN DI LUAR NEGARA SEPERTI BERIKUT:- 
     
    BERNIKAH DENGAN KEBENARAN
    """PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJUK""
    •  Pernikahan akan didaftarkan tanpa melalui proses pendakwaan di Mahkamah Syariah.
    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. 2 salinan kad pengenalan atau passport pemohon dan pasangan
    2. 2 salinan surat nikah dan surat akuan sah nikah luar negara
    3. 2 salinan border pass atau passport yang digunakan pada hari pernikahan
    4. 2 salinan Surat Cerai / Surat Mati pemohon dan pasangan (jika duda @ janda @ kematian pasangan
    5. 2 salinan Surat Nikah isteri pertama / kedua/ ketiga jika poligami
    6. 2 salinan Sijil kursus Pra Perkahwinan dan asal (teruna dan dara)
    7. Keputusan Ujian HIV dari Klinik kesihatan kerajaan (Pemohon dan pasangan)
    8. Surat pengesahan Konsulat (asal dan 2 salinan):
               * Nikah di Thailand  - Konsul Malaysia di Songkhla
               * Nikah di negara lain - Konsul Malaysia di Negara tersebut
               * Nikah dengan warganegara asing - Surat kebenaran dari Konsul @ kedutaan negara di 
                  Malaysia 
    BERNIKAH TANPA KEBENARAN 
    PENDAFTAR NIKAH CERAI DAN RUJUK

           2.  NIKAH SELEPAS APRIL 2008
    •  Pemohon  perlu mendapatkan pengesahan nikah terlebih dahulu dari Mahkamah Rendah Syariah @ Mahkamah Tinggi Syariah (Poligami).JIKA POLIGAMI.
    • Setelah mendapatkan satu Akuan Sah Nikah dari mahkamah , pemohon akan menjalani proses untuk pendakwaan di Pejabat Agama Daerah.
    • Pernikahan akan didaftarkan setelah pemohon melalui proses pendakwaan (bayaran denda dengan kesalahan yang berkaitan ) di Mahkamah Syariah .    
    DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
    1. 2 salinan Kad Pengenalan  / passport pemohon dan pasangan
    2.  2 salinan Kad Pengenalan wali (jika wali hadir di dalam Majlis Akad Nikah@ wali wakil kepada Jurunikah)
    3. 2 salinan surat nikah dan surat akuan sah nikah Luar Negara
    4. 2 salinan passport / border pass yang digunakan pada hari pernikahan
    5. 2 salinan surat cerai / surat mati pasangan yang bercerai / meninggal dunia
    6. 2 salinan surat nikah isteri pertama jika poligami
    7. 2 salinan sijil kursus Pra Perkahwinan jika teruna / dara
    8. Keputusan Ujian HIV dari klinik kesihatan kerajaan (pemohon dan pasangan)
    9. Surat Pengesahan Konsulat (asal dan salinan)
             * Nikah di Thailand   - Konsul Malaysia di Songkla
    * Nikah di negara lain -  Konsul Malaysia di negara tersebut
    * Nikah dengan warganegara Asing - Surat Kebenaran dari Konsul / kedutaan  negara di Malaysia

    Soalan:
    Saya dan suami telah melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand tiga bulan yang lepas. Kawan-kawan menasihatkan agar saya mendaftarkan perkahwinan di Malaysia kerana perkahwinan saya dianggap tidak sah jika tidak berbuat demikian.
    Suami saya bersikap acuh tak acuh dan enggan mendaftarkan perkahwinan kami.
    Apakah status perkahwinan saya sebenarnya? Benarkah pernikahan kami tidak sah kalau tidak didaftarkan di sini? Adakah saya masih boleh mendaftarkan perkahwinan kami selepas tiga bulan kahwin? Bagaimana jika suami saya enggan?
    Izzafarhana Mokhtar, Kuala Lumpur

    Jawapan:
    Terima kasih atas kesudian puan berkongsi dilema yang puan hadapi. Diharap nasihat yang kami berikan di sini sedikit sebanyak dapat membantu puan.
    Nasihat yang diberi oleh kawan-kawan puan itu memang ada benarnya. Seksyen 31 (2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 menyatakan bahawa pasangan yang berkahwin di luar negara tetapi sudah kembali ke Malaysia perlu mendaftarkan perkahwinan mereka di sini.
    Bagaimanapun, puan tidak perlu bimbang. Pendaftaran ini mesti dibuat dalam masa enam bulan dari tarikh puan atau suami atau kedua-duanya sekali kembali ke tanah air. Dengan kata lain, puan masih ada masa untuk mendaftarkan perkahwinan puan.
    Selain itu, Seksyen 34 akta yang sama turut menyatakan jika perkahwinan itu dilangsungkan secara sah menurut hukum syarak, ia tidak menjadi tidak sah semata-mata atas sebab tidak didaftarkan.
    Namun, adalah diingatkan agar puan dan suami mendaftarkan perkahwinan dengan segera. Seksyen 31 (5) menyebut bahawa, sekiranya perkahwinan itu lewat didaftarkan, ia boleh didaftarkan kemudian tetapi tindakan akan diambil terhadap puan dan juga suami.
    Tindakan yang dimaksudkan adalah denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak lebih dari tempoh enam bulan atau kedua-duanya sekali. Ini berdasarkan Seksyen 125 (2) akta yang sama.
    Walaupun status perkahwinan puan dan suami dianggap sah mengikut hukum syarak, namun dalam ketiadaan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang Malaysia, sebarang perkara yang memerlukan mengemukakan sijil nikah tidak akan dapat puan lakukan. Sebagai contohnya, untuk mendaftar kelahiran anak daripada perkahwinan tersebut, pihak Jabatan Pendaftaran Negara memerlukan sijil nikah yang sah di sisi undang-undang keluarga Islam Malaysia.
    Malah, puan juga tidak akan dapat menuntut hak puan sebagai isteri, contohnya dari segi nafkah, hutang mas kahwin, harta sepencarian mahupun pembahagian harta pusaka di masa hadapan.
    Jika suami puan masih tidak mahu mendaftarkan perkahwinan, puan bolehlah mendaftarkannya sendiri. Tidak perlu menunggu suami puan.
    Semasa pendaftaran perkahwinan nanti, puan perlu mengemukakan sijil perkahwinan atau sebarang bukti lisan atau bertulis bahawa perkahwinan puan ada dilangsungkan. Puan juga perlu mengemukakan sebarang butir-butir yang dikehendaki oleh Pendaftar Perkahwinan.
    Kemudiannya, puan perlu mengisi borang permohonan pendaftaran perkahwinan dan menandatangani perakuan yang terdapat di dalamnya. Seterusnya, puan dan suami akan dibekalkan dengan sesalinan sijil pendaftaran perkahwinan yang telah diperakui sah (Seksyen 31 (2) (a) hingga (c)).
    Kami INGIN  mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena perkahwinan puan dan suami. Semoga mahligai puan kekal utuh buat selama-lamanya.